Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Burung Jadi Posmen Cinta, Wanita Dilamar di Zoo Negara

[video] burung jadi posmen cinta, wanita dilamar di zoo negara

Foto: Tiktok (@znmzoonegara)

Advertisement

Lamaran di restoran mewah atau di tepi pantai mungkin sudah terdengar biasa bagi kita. Bagaimanapun, seorang lelaki menarik perhatian pengunjung apabila melamar kekasihnya di Zoo Negara!

Lebih unik lagi apabila dia menggunakan burung semasa persembahan ‘animal show’ untuk menghantar nota lamaran kepada teman wanitanya.

 

@znmzoonegara Zoo Negara would like to congratulate Mr. Fuji Chong and his lovely partner!💍❤️ It was truly heart-filling to be part of their magical proposal today during our Multi-Animal Show. What an honor to witness such love! Thank you for choosing us and our animals to be part of your unforgettable love story. Wishing you both a lifetime of happiness and love!🥰💖 To all the single people out there.. grab your snacks and meet me under the bed. It’s crying time. #marriageproposal #willyoumarryme #love #wildlife #zoonegara #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2025 #fyp #fypシ゚ ♬ original sound - Zoo Negara Malaysia

 

Momen manis itu berlaku ketika pasangan tersebut menonton pertunjukan haiwan di Zoo Negara.

Sewaktu burung terlatih itu terbang menghampiri wanita tersebut untuk mengutip derma penonton, ia turut menyerahkan sekeping nota kecil bertulis ‘Will you marry me?’ kepada wanita bertuah itu.

Terkejut dengan nota yang dibacanya, wanita tersebut kelihatan begitu gembira dan menerima lamaran dengan senyuman penuh bahagia.

Video lamaran tersebut yang dimuat naik ke media sosial oleh akaun rasmi Zoo Negara terus mendapat ratusan ribu tanda suka dan komen. Rata-rata netizen memuji kreativiti si jejaka dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

[video] burung jadi posmen cinta, wanita dilamar di zoo negara

Foto: Tiktok (@znmzoonegara)

Lamaran kreatif ini membuktikan bahawa cinta tak semestinya mahal atau mewah, yang penting keikhlasan dan kesungguhan untuk mencipta detik istimewa yang akan dikenang sepanjang hayat.

Tahniah kepada pasangan comel ini! Semoga kekal bahagia sampai bila-bila.

Sumber: Tiktok (@znmzoonegara)

ERA Muzik Hit Terkini