Seorang lelaki di Singapura mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang merupakan sahabatnya kerana wanita tersebut tidak mahu ada hubungan romantik di antara mereka.
Lelaki yang bernama K. Kawshigan menyaman sahabatnya, Nora Tan sebanyak $3 juta (RM9.8 juta) atas 'trauma emosi' yang dihadapinya selepas Nora hanya menganggapnya sebagai seorang kawan sahaja selama ini. Kawshigan juga mendakwa Nora melanggar satu perjanjian di antara mereka dalam satu saman berasingan berjumlah S$22,000 (RM71,830).
Advertisement
Majistret bagaimanapun menolak saman itu kerana ia dianggap menyalahgunakan proses pengadilan. Mereka turut hadir ke satu sesi kaunseling dan Nora berharap agar Kawshigan menerima hakikat bahawa Nora hanya mahu berkawan dan tidak lebih dari itu.
Namun sesi itu menjadi sia-sia kerana Kawshigan itu tidak mahu menerima bahawa Nora hanya menganggap dia sebagai sahabat sahaja.
