Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Leona Geram Baju Disamakan Dengan Penghantar Makanan - “Nak marah pun cam…”

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona Azhar, berasa geram dengan sikap segelintir netizen yang menyamakan bajunya dengan baju penghantar makanan.

Menerusi sebuah video TikTok miliknya, Leona bagaimanapun tidak menolak baju berwarna merah jambu yang dipakainya itu seakan-akan sama dengan baju yang sering dipakai oleh penghantar makanan pada umumnya.

Advertisement

leona geram baju disamakan dengan penghantar makanan - “nak marah pun cam…”

Foto: TikTok @leonathe2nd

“I beli jaket ni mahal-mahal tapi sampai hati korang cakap eh tak tahu pula Leona buat food delivery.

“Nak marah pun cam sama jugaklah. I can see the similarities, tapi korang cakap I buat food delivery ke?” katanya secara berseloroh menerusi video berdurasi 40 saat itu.

leona geram baju disamakan dengan penghantar makanan - “nak marah pun cam…”

Foto: TikTok @leonathe2nd

 

 

Dalam pada itu, Leona menjelaskan sekiranya dia tahu bagaimana untuk menunggang motosikal, dirinya tidak menolak untuk melakukan pekerjaan tersebut.

 

Akan tetapi, anak kepada aktor Azhar Sulaiman ini mendedahkan dirinya kini masih belum pandai mengayuh basikal lagi. Oleh itu, untuk menunggang sebuah motosikal mungkin akan mengambil masa yang lama untuknya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak kering gusi melihat gelagat Leona yang seolah-olah marah terhadap usikan yang dibuat ke atasnya.

Sumber: TikTok @leonathe2nd

 

 

 

ERA Muzik Hit Terkini