Foto: Instagram
Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila perkongsiannya di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Advertisement
Kali ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu bertindak memuat naik beberapa keping gambar dirinya tampil anggun dalam persalinan pengantin, sekali gus mengundang tanda tanya mengenai status sebenar dirinya.
Menerusi gambar yang dikongsikan, Leona kelihatan mengenakan busana pengantin berwarna putih dan berada di sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung dalam suasana bertemakan taman.
Penampilannya yang elegan dan suasana majlis tersebut membuatkan ramai menyangka dia sedang meraikan hari istimewanya sendiri.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengikutnya terkejut dengan perkongsian itu. Ada yang berseloroh, ada juga yang benar-benar menyangka Leona telah mendirikan rumah tangga secara senyap.
Tidak kurang juga yang tampil mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan buat Leona pada masa hadapan.
Selain peminat, rakan-rakan dan pengikut setianya turut memberikan pelbagai reaksi positif, malah ada yang menyatakan kegembiraan melihat Leona tampil dalam persalinan pengantin walaupun sekadar menghadiri majlis orang lain. Nama Leona juga sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial susulan perkongsian tersebut.
Untuk rekod, Leona sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk melangkah ke alam perkahwinan dan merasakan dirinya sudah berada pada fasa yang sesuai untuk membina rumah tangga.
Dia juga pernah mengakui berasa sedikit cemburu melihat kebanyakan rakan sebayanya sudah mendirikan keluarga, sekali gus membuatkan topik perkahwinan semakin dekat di hatinya.
Sumber: Instagram