Foto: Instagram
Ahli kumpulan ITZY, Lia, kembali menjadi tumpuan apabila luahan jujurnya di aplikasi Bubble mencetuskan perhatian ramai. Idola K-pop itu berkongsi keadaan sebenar yang sedang dialami, termasuk perasaan tubuh dan mindanya seolah-olah tidak seiring.
Advertisement
Dalam mesej yang dikongsikan, Lia menulis bahawa dirinya sedang bergelut menyiapkan banyak perkara serentak sehingga emosinya terasa tidak stabil.
“My mind and body feel disconnected. My head’s a mess, I need to do this, I need to do that, I need to contact my friend, I need to post on Instagram, I need to clean. It’s just absolute chaos. I have a long to-do list written down, my energy is completely drained,” katanya.
Luahan itu selari dengan keadaan kesihatannya sejak 2023, apabila JYP Entertainment mengesahkan bahawa Lia direhatkan daripada semua aktiviti kumpulan kerana mengalami tekanan dan tahap kecemasan yang tinggi.
ITZY's Lia opens up about personal struggles via Bubble messages:
— ITZY BASE (@itzypopbase) December 10, 2025
"My mind and body feel disconnected. My head's a mess, I need to do this, I need to do that, I need to contact my friend, I need to post on Instagram, I need to clean. It's just absolute chaos. I have a long to-do… pic.twitter.com/l0UCMADoPT
Dalam kenyataan sebelumnya, pihak agensi menjelaskan Lia telah menjalani pemeriksaan dan disarankan berehat bagi memulihkan keadaan mentalnya.
Lia sendiri pernah menulis surat kepada peminat, mengakui bahawa tekanan selama ini membuatkan dia berasa semakin jauh daripada dirinya.
“I’ve been losing myself in the midst of it all,” tulisnya dalam hantaran terdahulu, sambil mengakui perlunya masa untuk menyembuhkan diri.
Reaksi peminat terhadap mesej terbaharu itu dipenuhi sokongan. Ramai memahami bahawa sebagai idola dengan jadual ketat, Lia berdepan tekanan yang sukar digambarkan. Luahannya dianggap satu bentuk keberanian kerana membuka ruang perbualan tentang kepentingan kesihatan mental dalam industri hiburan.
Buat masa ini, Lia masih memberi fokus kepada proses pemulihannya. Agensinya sebelum ini menegaskan bahawa mereka akan memastikan kesihatan penyanyi itu menjadi keutamaan sebelum dia kembali semula ke pentas.
Sumber: X @itzypopbase