Foto: Threads
Kenyataan terbaharu LISA daripada BLACKPINK, mencetuskan keterujaan peminat apabila penyanyi itu memberi bayangan seolah-olah sesuatu bakal diumumkan tidak lama lagi untuk kumpulan sensasi global berkenaan.
Advertisement
Menerusi satu sesi siaran langsung baru-baru ini, LISA secara bersahaja menyebut bahawa ada perkara istimewa sedang disiapkan buat peminat, namun memilih untuk tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut.
“Ada sesuatu untuk kamu semua yang akan datang, tapi saya tak boleh cakap apa-apa sebab kamu tahu saya memang tak suka spoiler,” katanya.
Walaupun kenyataan itu ringkas, ia sudah cukup untuk membuatkan peminat, khususnya BLINK, mula berteori dan berspekulasi mengenai kemungkinan projek baharu BLACKPINK.
🫧 #LISA said she received lots of food trucks on set. She was happy and loved them. She also mentioned the food truck sent by her @BLACKPINK members, saying there was so much delicious food!#블랙핑크 #BLACKPINKpic.twitter.com/rBdbc4YSiD
— Blinks United (@blinksunitedtwt) January 4, 2026
Ramai mengaitkan petunjuk tersebut dengan kemunculan muzik baharu memandangkan BLACKPINK kini berada di fasa aktif sebagai kumpulan, selain kerap memberi bayangan samar dalam beberapa penampilan dan temu bual sebelum ini.
Tambahan pula, kumpulan itu dilihat semakin rancak dengan aktiviti global, sekali gus menguatkan jangkaan bahawa pengumuman besar mungkin sedang menunggu masa.
Di media sosial, peminat membanjiri ruangan komen dengan pelbagai andaian termasuk kemungkinan lagu baharu, projek khas atau perkembangan penting berkaitan masa depan BLACKPINK sebagai kumpulan.
Namun setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan mahupun ahli kumpulan lain.
Apa pun, kenyataan LISA itu nyata berjaya mencetuskan keterujaan dan perbualan hangat dalam kalangan peminat, sekali gus membuktikan pengaruh besar BLACKPINK yang masih kukuh di pentas hiburan global.
Sumber: X