Penyanyi kumpulan Kpop popular kelahiran Thailand, Lisa Blackpink mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia hiburan terutama bidang nyanyian.
Lisa telah mencipta satu rekod baru bagi muzik global apabila debut solonya berjudul ‘Money’ menjadi lagu K-pop pertama yang telah melepasi satu bilion strim di Spotify sekaligus menjadi artis sulung dengan kejayaan besar ini.
Advertisement

Lagu ‘Money’ kini bersaing dengan lagu Doja Cat bagi kategori lagu rap artis solo wanita paling banyak distrim sepanjang masa iaitu dengan jumpa 1.3 bilion.
Tahniah buat Lisa dan peminat yang tidak henti memberi sokongan yang hebat.
Sumber Kosmo