Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ikut Jejak Langkah Rosé, Lisa BLACKPINK Mahu Keluar Lagu Solo

Penyanyi Lisa daripada kumpulan BLACKPINK dilaporkan akan mengeluarkan lagu solo buat julung kalinya selepas ahli kumpulannya Jennie dan Rosé berjaya dengan lagu dan album solo masing-masing.

ikut jejak langkah rosé, lisa blackpink mahu keluar lagu solo

Advertisement

Menurut syarikat rakamannya YG Entertainment, mereka berkata Lisa sedang berusaha keras untuk album solonya yang akan dilancarkan Jun ini tetapi tarikh pelancarannya belum dimaklumkan.

Dalam satu temubual bersama majalah hiburan, Lisa mahu membawa namanya dengan lebih tinggi lagi dengan mengeluarkan lagu dan album solo yang berkualiti.

ikut jejak langkah rosé, lisa blackpink mahu keluar lagu solo

Ramai peminat BLACKPINK teruja dan tertunggu-tunggu album solo ini setelah kejayaan Rosé dengan lagu 'On The Ground' dan 'Gone' sebelum ini.

BLACKPINK menjadi fenomena dunia apabila membawa muzik bergenre K-pop ke peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, BLACKPINK berjaya meraih 60 juta langganan di saluran YouTube meninggalkan pemuzik lain di Korea Selatan. Di peringkat dunia, mereka di tempat kedua selepas Justin Bieber yang memperoleh jumlah langganan tertinggi di YouTube sebagai pemuzik.

Sumber: NME

ERA Muzik Hit Terkini