Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lisa BLACKPINK Curi Tumpuan di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-30

lisa blackpink curi tumpuan di festival filem antarabangsa busan ke-30Foto: Variety

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa mencuri perhatian ramai apabila membuat kemunculan mengejut di karpet merah majlis pembukaan Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) edisi ke-30 yang berlangsung di Busan Cinema Center, Haeundae-gu, pada malam 17 September.

Advertisement

Kehadiran Lisa sekali gus menambah kemeriahan acara yang menjadi antara festival filem terbesar di Asia itu, yang tahun ini menampilkan sebanyak 328 filem, termasuk 241 pilihan rasmi dari 64 negara dan 87 tayangan komuniti. Daripada jumlah tersebut, 90 merupakan tayangan perdana dunia, manakala 32 lagi disertakan dalam program Dongnebangne BIFF.

Lisa memilih gaun couture daripada Maison Margiela Haute Couture rekaan Glenn Martens, yang menampilkan ilusi telus dengan potongan berani pada bahagian tertentu. Gaun tersebut dihiasi sulaman serta motif bunga timbul (3D), memberikan sentuhan dramatik dan moden pada penampilannya.

Rambutnya yang berwarna keemasan dibiarkan terurai ringkas, manakala solekan glamor yang menekankan bahagian mata dan bibir melengkapkan gaya karpet merah yang penuh elegan.

Penampilan Lisa pantas menjadi topik hangat di media sosial. Ramai yang memuji keyakinan dan karismanya membawa gaya yang mencabar namun tetap kelihatan anggun. Tidak kurang juga yang menyifatkan Lisa sebagai bintang yang mampu menjadikan fesyen sebagai pusat perhatian walau di acara yang berorientasikan filem.

Namun, ada segelintir yang mengkritik rekaan gaun berkenaan kerana dianggap terlalu mendedahkan dan tidak begitu sesuai untuk acara umum. Beberapa pemerhati fesyen menegaskan walaupun gaun itu berani, Lisa tetap berjaya menampilkan aura bintang antarabangsa.

Kemunculan Lisa di BIFF turut menjadi bualan kerana ia hadir hanya sehari selepas penampilannya di Anugerah Emmy 2025 di Amerika Syarikat. Kehadiran berturut-turut di dua acara besar dunia ini mengukuhkan lagi status Lisa sebagai ikon global yang bukan sahaja berpengaruh dalam muzik, malah juga dalam dunia fesyen dan budaya pop antarabangsa.

Sumber: Variety

ERA Muzik Hit Terkini