Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ditipu Bekas Pengurus, Lisa BlackPink Rugi Sebanyak 1 Bilion

YG Entertainment telah mengesahkan bahawa Lisa BLACKPINK telah ditipu sebanyak 1 bilion won (kira-kira RM3.5 juta) oleh bekas pengurusnya.

ditipu bekas pengurus, lisa blackpink rugi sebanyak 1 bilion

Advertisement

Pada 2 Jun, Market News melaporkan bahawa bekas pengurus yang hanya dikenali sebagai "A" telah mengeksploitasi hubungan mereka dan menerima wang dari Lisa, dengan mengatakan bahawa mereka akan mencari harta tanah untuknya. Bagaimanapun, Lisa kemudian kehilangan semua wangnya ketika Pengurus "A" menggunakan wang itu untuk tujuan berjudi.

Menurut seorang pemberi maklumat tanpa nama, bekas pengurus "A" telah bekerja dengan BLACKPINK sejak debut mereka dan merupakan seseorang yang amat dipercayai oleh Lisa sejak dari mula penglibatannya dalam industri seni.

Namun, kejadian ini telah mengejutkan banyak pihak, kerana bekas pengurusnya itu juga merupakan orang yang amat dipercayai dalam syarikat. Insiden ini juga membuatkan nama Lisa menjadi trending dilaman Twitter.

ditipu bekas pengurus, lisa blackpink rugi sebanyak 1 bilion

YG Entertainment dalam kenyataannya juga akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini