Penyanyi rap daripada kumpulan Kpop popular Blackpink, Lisa, berjaya melancarkan video muzik solonya dan mencatat lebih 100 juta tontonan dalam masa hanya 3 hari.
Lalisa Manoban atau mesra disapa Lisa merupakan ahli kumpulan ketiga yang berjaya melancarkan single solo terbaharunya bertajuk Lalisa.
Advertisement

Penyanyi kelahiran Buri Ram, Thailand itu klip video muzik Lalisa itu juga mendapat tontonan paling terpantas dan terbanyak setakat ini.
Malah, penyanyi ini juga mendapat perhatian lebih mendalam daripada para peminat di Thailand kerana ia merupakan negara kelahirannya.

Menariknya, Lisa dilihat mengenakan pakaian tradisional Thailand dalam beberapa babak untuk memberi penghormatan kepada asal-usulnya.