
Anak perempuan kepada legenda rock & roll Elvis Presley, iaitu Lisa Marie Presley telah meninggal dunia pada hari Khamis semalam akibat serangan sakit jantung.
Advertisement
Lisa Marie Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun.
"Dengan berat hati, saya berkongsi khabar menyedihkan bahawa anak perempuan saya Lisa Marie telah meninggalkan kami," tulis Priscilla dalam satu kenyataan pada petang Khamis.
Lisa Marie mengalami serangan jantung dirumahnya. Pasukan paramedik telah memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie sebelum dikejarkan ke hospital.
Sumber: Astro Awani