Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Saya Sebenarnya Mengandung Anak Kembar..”, Lisa Surihani Kongsi Detik Keguguran

Pelakon, Lisa Surihani menceritakan detik mengalami keguguran sewaktu kandungan pertama.

“saya sebenarnya mengandung anak kembar..”, lisa surihani kongsi detik keguguran

Advertisement

Menerusi laman Instagram Mingguan Wanita, pelakon berusia 33 tahun itu menceritakan pengalaman beliau sewaktu mengandung anak kembar, namun salah satunya telah keguguran.

“saya sebenarnya mengandung anak kembar..”, lisa surihani kongsi detik keguguran

"Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri... Sewaktu saya mengandung anak yang pertama, saya sebenarnya mengandung anak kembar.

"Bila saya buat pemeriksaan dan kemudian saya diberitahu oleh doktor yang seorang anak sudah tiada 'heart beat'...

"Saya bersyukur yang saya dapat melahirkan Yahaira Leanne, tapi saya nak tahu, kenapa boleh berlaku?

"Sebab saya tanya, what does it mean? Adakah ia bermaksud yang ada prosedur yang perlu dilakukan?"
luah Lisa.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan keguguran.

“saya sebenarnya mengandung anak kembar..”, lisa surihani kongsi detik keguguran

“saya sebenarnya mengandung anak kembar..”, lisa surihani kongsi detik keguguran

Lisa Surihani akan tampil dalam episod Tanya Doktor pada hari Khamis ini, 18 Julai pada jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Sumber: Awani

“saya sebenarnya mengandung anak kembar..”, lisa surihani kongsi detik keguguran

ERA Muzik Hit Terkini