Foto: Instagram
Penganjuran 2025 MAMA Awards nampaknya tidak bermula dengan baik apabila ramai peminat K-pop meluahkan rasa tidak puas hati terhadap senarai pencalonan yang diumumkan oleh Mnet pada 16 Oktober lalu.
Advertisement
Antara yang paling diperkatakan ketiadaan nama Lisa daripada kumpulan ternama, BLACKPINK dalam mana-mana kategori, walaupun tiga ahli lain kumpul pencalonan masing-masing.
Kekecewaan itu segera menjadi topik panas di media sosial selepas peminat mendapati bukan sahaja Lisa diketepikan, malah Mnet turut membuat perubahan besar dalam sistem anugerah tahun ini.
Dua kategori Best New Artist bagi lelaki dan wanita yang selama ini diadakan berasingan kini digabungkan menjadi satu kategori tunggal. Ramai mendakwa perubahan ini mengurangkan peluang lebih ramai artis baru untuk diiktiraf.
“Macam tak adil, kenapa nak gabungkan kategori yang selama ini beri ruang kepada lebih ramai bakat baru?” tulis seorang pengguna X (Twitter), manakala yang lain pula menyifatkan keputusan itu sebagai “rigged”, atau dalam erti kata lain, seolah-olah sudah dirancang dari awal.
Selain Lisa, beberapa nama besar lain seperti ATEEZ dan j-hope juga tidak tersenarai walaupun kedua-duanya aktif mengeluarkan album dan lagu hit tahun ini.
Ramai peminat mempersoalkan bagaimana artis yang berjaya mencatat rekod global boleh terlepas daripada sebarang pencalonan.
#JENNIE, #JISOO & #ROSÉ are all nominated for “BEST FEMALE ARTIST” on 2025 MAMA AWARDS! #2025MAMA #2025MAMAAWARDS pic.twitter.com/rQnAXXLhNY
— BLACKPINK BLINK UNION 💕 (@BBU_BLACKPINK) October 16, 2025
“Lisa antara artis paling berpengaruh tahun ini, tapi satu pun pencalonan tak dapat. Ahli Blackpink lain ada pula. Tak masuk akal langsung,” kata seorang peminat di platform Reddit.
Kritikan semakin kuat selepas peminat mengetahui bahawa Mnet turut mengubah kaedah penilaian dimana dengan 40 peratus markah kini diberikan kepada panel hakim profesional, manakala undian peminat dikurangkan. Ramai menyifatkan perubahan ini membuka ruang kepada keputusan berat sebelah.
Di media sosial, warganet turut menganggap pengguguran nama Lisa sebagai tindakan tidak adil, malah ada yang menuduh wujud bias terhadap penyanyi kelahiran Thailand itu.
“Lisa break multiple records this year and still got ignored. They never miss a chance to sideline her,” tulis seorang pengguna X.
Setakat ini, Mnet masih belum memberi penjelasan lanjut mengenai kontroversi tersebut.
Namun, dengan acara kemuncak 2025 MAMA Awards dijadual berlangsung pada 28 dan 29 November depan, ramai pemerhati menjangkakan isu ketelusan dan keadilan akan terus menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan peminat, tetapi juga dalam industri hiburan Korea sendiri.
Sumber: X