Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempertahankan rakan industrinya iaitu penyanyi Liza Hanim yang menerima komen negatif berkaitan fizikalnya.

Baru-baru ini, Liza Hanim tampil di pertandingan All Stars Gegar Vaganza bagi bertanding dengan kesemua juara GV. Penampilannya itu menerima kritikan daripada netizen di ruang komen menerusi laman media sosial.
Advertisement
Namun, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal dengan kata-kata netizen yang menunjukkan keperibadian tidak baik apabila mengkritik fizikal Liza Hanim.
“Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya” tulis Siti Nurhaliza.
Beliau juga turut memberikan kata-kata semangat buat Liza Hanim agar teruskan perjuangannya.
Semoga Liza Hanim meneruskan perjuangannya dan menghiraukan komen-komen negatif.