Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lubang 20 Meter 'Telan' Penunggang Motosikal

lubang 20 meter menelan penunggang motosikal

Foto: The Korea Herald

Advertisement

Seorang penunggang motosikal berhadapan detik cemas apabila motosikalnya terbenam ke dalam lubang selebar 20 meter yang tiba-tiba muncul di tengah jalan di ibu kota Korea Selatan, semalam.

Laporan dari pihak berkuasa, kejadian berlaku berhampiran sebuah sekolah rendah di Gangdong, timur Seoul sekitar 6.29 petang.

The Korea Herald melaporkan, operasi mengeluarkan mangsa giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

lubang 20 meter menelan penunggang motosikal

Foto: The Korea Herald

Seorang pemandu kereta yang menggunakan laluan itu sebelum tanah runtuh turut cedera, dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon mengarahkan langkah keselamatan segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk, sambil memaklumkan bahawa lubang benam itu semakin membesar dan menjejaskan empat daripada enam lorong jalan.

Sumber: The Korea Herald

ERA Muzik Hit Terkini