Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anzalna Tak Sangka Lukisannya Dibida Hingga Cecah Ribuan Ringgit

anzalna tak sangka lukisannya dibida hingga cecah ribuan ringgit

Nampaknya lukisan Anzalna Nasir semakin mendapat perhatian di hati peminatnya. Dia hanya menjual lukisannya di akaun Instagram miliknya. 

Advertisement

Bagaimanapun, Anzalna tak menyangka apabila ada lukisannya yang dibida sehingga mencecah ribuan ringgit. 


"Sebenarnya saya tidak meletakkan harga untuk setiap lukisan yang dihasilkan sebaliknya pembeli yang akan membida harga.

"Saya juga terkejut apabila ada yang sanggup membida lukisan yang dihasilkan sehingga ribuan ringgit, sedangkan saya rasa lukisan saya bukanlah besar mana pun.

"Sehingga kini banyak juga lukisan saya yang telah dijual namun harganya berbeza-beza mengikut bidaan yang dilakukan.

"Ada juga mahu saya merahsiakan identiti mereka dan ada juga yang tidak kisah jika saya berkongsi pembelian mereka di Instagram saya," katanya kepada Astro Gempak.

Dana yang dapat dari hasil lukisan akan diberi kepada pihak yang memerlukan sebagai salah satu cara charity. 

 

ERA Muzik Hit Terkini