Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lufya Kesal Suami Tak Hadir Ke Mahkamah Untuk Permohonan Cerai

Penyanyi dan juga pelakon, Lufya Sheikh Omar meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, tidak hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari, Petaling jaya bagi sebutan kes permohonan cerainya.

Lufya, 34, hadir di mahkamah bagi sebutan permohonan cerai yang difailkannya terhadap suami bulan lalu.

Advertisement

Peguam yang mewakili Lufya juga memaklumkan saman terhadap defendan telah diserahkan kepadanya pada 7 Oktober lalu.

"Buat masa ini, kami tiada maklumat mengenai ketidakhadiran defendan pada hari ini dan memohon tarikh lain untuk sebutan permohonan cerai mengikut Seksyen Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003," katanya.

Menurut Lufya, beliau sudah cuba menghubungi suaminya namun gagal dan tidak mahu berbincang dengan baik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

lufya kesal suami tak hadir ke mahkamah untuk permohonan cerai

"Dia juga tidak menjalankan tanggungjawabnya dan setakat ini sudah empat bulan saya digantung tidak bertali.

"Saya juga mahu perkara ini diselesaikan dengan segera dan turut pulih dari masalah ini dan setakat ini anak saya di bawah jagaan saya dan sudah pun berusia 2 tahun," katanya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Mahkamah juga telah menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan oleh Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini