
Penyanyi lagu Angin, Mafarikha berkongsi tentang keadaan terkininya yang dimasukkan ke wad kritikal akibat jangkitan covid tahap 5 . Mafa juga bimbang jika keadaannya kritikal, dia mungkin akan ditidurkan.
Advertisement
"Sekarang saya dijangkiti C0V1D tahap lima. Doakan saya tak ditidurkan. Lapar tapi doktor suruh puasa, tiga hari dah tak dapat makan sebab semua body 'reject'. Minum saja boleh.
"Saya okey saja cuma paru-paru dengan perut dah banyak air, buah pinggang pun terganggu. Masalah hari ini semua yang saya tak pernah alami. Jadi kita tabah saja dekat wad kritikal hospital. Jururawat juga semuanya baik”.
Mafarikha menceritakan yang dia dan suami baru pulang dari Istanbul, Turkiye. Ketika 3 hari terakhir di sana, dia mengalami muntah-muntah dan badannya menggigil. Selepas sampai di Malaysia, Mafa terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mafa menceritakan ini pertama kali dia mendapat jangkitan covid19 dan mengharapkan doa dari orang ramai agar keadaannya cepat sembuh.
Sumber: MyArtis