Foto: Instagram
Pelakon dan penyanyi popular Thailand, Mai Davika, akhirnya menamatkan zaman bujang selepas tujuh tahun menjalin hubungan dengan aktor dan penulis skrip terkenal, Ter Chantavit.
Advertisement
Berita gembira itu dikongsi pasangan berkenaan menerusi hantaran di Instagram pada 10 November lalu yang memaparkan beberapa foto indah sekitar majlis perkahwinan mereka.
Majlis tersebut diadakan dalam suasana eksklusif dan romantik di Maison Mystique, Khao Yai, Thailand, dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan-rakan rapat.
Sebelum ini, pasangan berkenaan mengumumkan pertunangan mereka pada Jun lalu apabila Mai memuat naik gambar cincin pertunangan di media sosial.
Mai, yang terkenal menerusi filem Pee Mak serta drama My Ambulance dan Astrophile, dilihat anggun dalam busana perkahwinan serba putih, manakala Ter tampil kemas dengan sut klasik.
Hubungan pasangan selebriti ini sering menjadi perhatian peminat kerana keserasian dan keakraban mereka, dan kini cinta mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan yang penuh makna.
Sumber: Instagram