Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Makin Ramai Kanak-Kanak Hidap Kanser? Doktor Jelaskan Realiti & Senarai 5 Jenis Paling Lazim

makin ramai kanak-kanak hidap kanser? doktor jelaskan realiti & senarai 5 jenis paling lazimFoto: TRP

Sejak kebelakangan ini, ramai ibu bapa bimbang apabila semakin banyak kes kanser kanak-kanak dikongsikan di media sosial. Namun menurut pakar pediatrik Dr Nisa Khalil, situasi sebenar tidaklah menunjukkan peningkatan mendadak seperti yang disangka.

Advertisement

Beliau menjelaskan, peningkatan kesedaran dan laporan media yang lebih meluas membuatkan orang ramai menyangka penyakit itu semakin kerap berlaku, walhal statistik sebenar kekal stabil sejak beberapa tahun lalu.

1.⁠ ⁠Hanya 1 Dalam 10,000 Kanak-Kanak Disahkan Menghidap Kanser

Setiap tahun, dianggarkan satu daripada 10,000 kanak-kanak di Malaysia didiagnosis dengan penyakit kanser. Walaupun jumlah itu kecil, ia tetap membimbangkan kerana kanser boleh menyerang secara senyap tanpa gejala jelas pada awalnya.

2.⁠ ⁠Peluang Sembuh Kini Lebih Cerah

Dr Nisa turut memaklumkan bahawa kadar kelangsungan hidup pesakit kanser kanak-kanak kini meningkat kepada 70 hingga 80 peratus, terutama jika dikesan lebih awal. Kemajuan rawatan moden seperti kemoterapi dan terapi sasaran banyak membantu proses penyembuhan.

3.⁠ ⁠Lima Jenis Kanser Paling Kerap Serang Kanak-Kanak

Antara penyakit yang sering dikesan dalam kalangan pesakit muda ialah:

•⁠  ⁠Leukemia (kanser darah)

•⁠  ⁠Tumor otak

•⁠  ⁠Limfoma (kanser kelenjar getah bening)

•⁠  ⁠Osteosarcoma (kanser tulang)

•⁠  ⁠Wilms’ tumour (kanser buah pinggang)

4. Tanda Awal Yang Ibu Bapa Sering Terlepas Pandang

Dr Nisa mengingatkan ibu bapa supaya peka dengan simptom-simptom berikut:

•⁠  ⁠Demam berpanjangan tanpa sebab jelas

•⁠  ⁠Kulit pucat atau mudah lebam

•⁠  ⁠Benjolan luar biasa pada badan

•⁠  ⁠Sakit kepala disertai muntah

•⁠  ⁠Berat badan susut mendadak

•⁠  ⁠Sakit tulang berterusan

5.⁠ ⁠Tidak Boleh Dielak, Tapi Boleh Dikesan Awal

Sebahagian besar kanser kanak-kanak berpunca daripada faktor genetik dan bukan gaya hidup. Namun, pemeriksaan kesihatan berkala dan gaya hidup sihat masih penting untuk mengesan sebarang perubahan awal yang mencurigakan.

“Lebih cepat kita kesan, lebih besar peluang untuk dirawat dan diselamatkan,” jelas Dr Nisa.

Sumber: The Rakyat Post (TRP)

ERA Muzik Hit Terkini