Foto: Astro Shaw
Filem seram tempatan Malam Terlarang terus mencuri perhatian apabila berjaya mengutip sebanyak RM3 juta hanya dalam tempoh beberapa hari tayangan. Kejayaan ini sekali gus membuktikan bahawa filem seram tempatan masih mempunyai tempat di hati penonton Malaysia.
Advertisement
Diterbitkan oleh Astro Shaw, naskhah arahan Kroll Azri ini menampilkan gabungan elemen seram dan emosi yang kuat, menjadikannya antara filem paling mendapat sambutan pada tahun ini.
Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti bahawa karya tempatan yang berkualiti tinggi mampu bersaing dengan filem luar.
“Malam Terlarang bukan sekadar filem seram, tapi mengangkat kisah manusia yang dikuasai nafsu dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan duniawi,” katanya.
Berlatarkan suasana tahun 1980-an, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Zul Ariffin, Sofia Jane dan Shasha Abedul. Jalan ceritanya yang misteri dan sarat dengan mesej kemanusiaan menjadikan Malam Terlarang antara tontonan wajib bagi peminat genre seram.
Kejayaan kutipan awal ini dijangka membuka laluan untuk filem berkenaan terus menguasai carta pawagam tempatan dalam minggu-minggu akan datang.
Sumber: Astro Shaw