Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Menuju Era Populasi Menua, Kadar Kelahiran Terendah Dalam Sejarah

malaysia menuju era populasi menua, kadar kelahiran terendah dalam sejarah

Gambar Hiasan

Advertisement

Malaysia mencatatkan kadar kelahiran terendah dalam sejarah. Hanya 93,500 kelahiran direkodkan pada suku pertama 2025 dan menunjukkan penurunan sebanyak 11.5% berbanding tahun sebelumnya.

Siapa paling ramai melahirkan?

- Ibu berumur 30–39 tahun (53.3%)

- Hanya 1.4% daripada remaja bawah 20 tahun

- 3 kelahiran melibatkan ibu berumur 55 tahun ke atas

Fakta menarik:

Selangor: kelahiran tertinggi

Labuan: kelahiran paling rendah

Melayu: 68.8% daripada keseluruhan kelahiran

Penurunan kelahiran ketara dalam kalangan Cina & India

- 48,130 kematian dicatatkan

- 71.6% kematian melibatkan warga emas (berusia 60 tahun keatas)

- Populasi warga emas (berusia 65 tahun keatas) kini 7.7%, meningkat

- Pertumbuhan penduduk perlahan: 0.9% sahaja

Malaysia menuju ke arah masyarakat menua dengan tenaga kerja yang mengecil dan beban sosial yang meningkat. Trend ini sejajar dengan negara lain seperti Jepun, Korea & Singapura yang juga menghadapi kadar kesuburan rendah.

Sebagai jalan penyelesaian, Malaysia perlu mempertimbangkan dasar pro-keluarga, insentif kewangan dan sokongan menyeluruh jika mahu mengelakkan krisis demografi ini berterusan.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini