Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malique Ada Hubungi Joe Flizzow Lepas Menang di MTV Awards

Baru-baru ini, Joe Flizzow telah memenangi anugerah Artis Pilihan Asia Tenggara di MTV Europe Music Awards 2018, menewaskan bintang Asia Tenggara lain seperti Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina) dan The Sam Willows (Singapura).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you Malaysia! This one is for you! Bilbao to Kuala Lumpur. #MTVEMA

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

Menerusi Gempak, Joe mengakui rakan karibnya, Malique, sempat mengucapkan tahniah kepadanya menerusi SMS selepas beliau memenangi anugerah terbabit.

Advertisement

"Kami masih berhubung dan hubungan kami tidak akan terpisah kerana dia bukan sahaja kawan bagi saya malah kami merupakan seorang sahabat sejak dulu lagi.

malique ada hubungi joe flizzow lepas menang di mtv awards

"Baru-baru ini pun Malique ada berhubung dengan saya serta dia mengucapkan tahniah dan syabas diatas kemenangan yang saya perolehi.

"Cumanya kami jarang berjumpa dan meluangkan masa bersama kerana dia pun ada sibuk dengan kerjanya sendiri,"
katanya kepada Gempak.

Sumber: Gempak

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini