Skip to main content

Advertisement

Hiburan

2025 MAMA Awards Tetap Diteruskan Dalam Suasana Lebih Terkawal Selepas Tragedi Kebakaran di Tai Po

2025 mama awards diteruskan dalam suasana lebih terkawal selepas tragedi kebakaran tai poFoto: Instagram

Penganjur mengesahkan bahawa 2025 Mnet Asean Music Award (MAMA) tetap berlangsung seperti yang dirancang, namun dengan tona acara yang lebih sederhana susulan insiden kebakaran tragis di Tai Po

Advertisement

Mereka memaklumkan telah menilai keadaan semasa dan bersetuju untuk meneruskan majlis, tetapi dengan beberapa pelarasan bagi menghormati mangsa dan keluarga terlibat.

Beberapa elemen persembahan, dekorasi serta suasana keseluruhan acara dikurangkan agar tidak terlalu meriah. Penstrukturan semula skrip serta perubahan pada format pentas juga dilakukan bagi memastikan majlis berlangsung dengan lebih sensitif terhadap keadaan terkini.

Walaupun ada pihak yang mencadangkan agar acara ditangguh atau dibatalkan, penganjur menjelaskan bahawa ia tidak praktikal memandangkan persiapan sudah hampir selesai dan ramai artis, kru serta tetamu telah berada di Hong Kong.

Keputusan untuk meneruskan acara dengan nada lebih tenang ini menerima pelbagai reaksi, namun penganjur berharap orang ramai memahami penyesuaian yang dibuat dan memberi ruang kepada mereka mengendalikan majlis dengan penuh rasa hormat terhadap tragedi yang berlaku.

Sumber: Naver

ERA Muzik Hit Terkini