Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mamat Sepah Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Ini Selepas Tiga Kali Tangguh Majlis

Pelawak, Mamat Sepah akhirnya akan menamatkan zaman bujang bersama tunang yang juga anggota polis IPD Shah Alam, selepas tiga kali ditangguhkan.

mamat sepah bakal tamatkan zaman bujang tahun ini selepas tiga kali tangguh majlis

Memetik laporan dari portal Gempak, Mamat berkata beliau berharap agar apa yang dirancang tahun ini akan menjadi.

Advertisement

“Selepas bertunang pada tahun 2018, kami pernah merancang untuk berkahwin pada Mac, kemudian tangguh ke April.

“Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, anjak pula ke bulan Disember. Tapi sekali lagi rancangan tersebut ditangguhkan kerana saya mahu memberi fokus kepada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Saya harap semua dapat doakan urusan saya dan tunang berjalan lancar dan dipermudahkan,”
katanya.

mamat sepah bakal tamatkan zaman bujang tahun ini selepas tiga kali tangguh majlis

Mamat juga menceritakan detik perkenalan bersama tunangnya ketika ke IPD Shah Alam kerana mahu membantu rakannya, dan saling bertukar nombor telefon kerana mahu perkembangan kes dan akhirnya terpaut di hati.

Sumber: Portal Gempak

ERA Muzik Hit Terkini