
Penyanyi yang terkenal dengan lagu hit Jangan Pernah Berubah, Marcell memberitahu dia sudah memeluk islam sejak 12 tahun yang lepas. Marcell juga mengakui ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya dan bukan niatnya untuk menyembunyikan perkara ini tetapi bukan mudah untuknya berkongsi mengenai hal ini secara terbuka dengan orang ramai.
Advertisement
Marcell memberitahu Islam banyak mengajarnya erti ketenangan hidup. Dalam melakukan amal ibadah seperti solat tahajud, puasa dan sebagainya, Marcell menasihatkan agar menikmati setiap amalan ibadah
Melalui laporan media terdahulu, Marcell pernah beberapa kali berpindah agama sebelum ini. Marcell bakal mengadakan Konsert Marcell Dua Dekade Live di Kuala Lumpur pada 9 Disember 2022 ini bertempat di Zepp KL. Tiket boleh didapati di www.myticketasia.com bermula pada harga RM288 hingga RM7888.
Sumber: Astro Gempak