Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mark Adam Sedia Terima Sesiapa Yang Nak Beri Anak Angkat

Mark Adam dan pasangannya, Nor Azad Redzuan, sudahpun mendirikan rumah tangga semenjak 14 tahun lalu, dan sudah bersedia menerima anak angkat jika ia sudah rezeki buat mereka.

mark adam sedia terima sesiapa yang nak beri anak angkat

Menurut laporan daripada portal Astro Gempak, Mark Adam dan isterinya masih berusaha dan mencuba untuk mendapat zuriat, namun semuanya sudah ketentuan dan berserah pada Allah.

Advertisement

"Tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan kalau ditanya perkara ini (anak) sebab semua pun ingin tahu tentang kehidupan peribadi saya.

"Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini.”
ujarnya yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran beberapa hari lepas.

Tambah Mark Adam, kalau ada yang ingin memberikan mereka anak angkat, dengan hati terbuka mereka akan menerimanya.

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini