Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Maruah Seorang Wanita dan Seorang Ibu Telah Dipijak-Pijak…” - Mimi Lana

“maruah seorang wanita dan seorang ibu telah dipijak-pijak…” - mimi lanaFoto: Instagram

Isu keselamatan dan maruah dalam industri hiburan kembali menjadi perhatian selepas tular luahan seorang selebriti yang menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan eksploitasi serta pemerdagangan manusia.

Advertisement

Dalam perkongsian di Threads, pelakon Mimi Lana menegaskan bahawa isu pemerdagangan manusia bukan perkara yang boleh dijadikan bahan sensasi atau hiburan.

“It took me a long time to digest what I heard. And the more I think about it, the more it breaks me. Human trafficking is not a joke. This is not content. This is not gossip. This is real trauma,” tulisnya.

Menurutnya, perasaan itu timbul selepas menonton podcast melibatkan pelakon muda Puteri Balqis bersama ibunya yang didakwa mendedahkan pengalaman pahit dalam industri.

Mimi turut menyuarakan rasa sedih terhadap dakwaan layanan tidak bermaruah terhadap seorang ibu yang berusaha membesarkan anak dalam dunia lakonan.

“Maruah seorang wanita dan seorang ibu telah dipijak-pijak,” katanya.

Perkongsian itu turut menyentuh dakwaan penglibatan individu berpengaruh termasuk artis veteran serta ahli politik, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap perlindungan dalam industri hiburan tempatan.

Dalam masa sama, pelakon The Experts itu bagaimanapun menegaskan tempat kerja seharusnya menjadi ruang selamat dan bukannya tempat wanita serta kanak-kanak dieksploitasi.

“I always believed our working space should be a safe place, not a hunting ground. Not a place where women and children are treated like objects,” tulisnya lagi.

Mimi turut menzahirkan harapan agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil serius perkara tersebut dan menjalankan siasatan terperinci.

“Saya sangat berharap PDRM ambil isu ini dengan sangat serius. Bukan sekadar dengar tetapi siasat,” katanya.

Isu ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, khususnya mengenai keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dalam industri hiburan.

Pemerdagangan manusia disifatkan sebagai jenayah berat dan keji, selain memerlukan tindakan tegas bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini