Pelakon, Mawar Rashid kini telah tampil dengan imej berhijab dan perubahan ini nyata mendapat pujian peminat.

Pemilik nama Wan Mawar Shahputri ini juga telah berkongsi antara sebab-sebab beliau nekad berhijrah menerusi hantaran di Instagram.
Advertisement
Antaranya, beliau takut tidak mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T dan juga balasan yang akan diterima sekiranya tidak menutup aurat.

Selain itu, Mawar juga mahu menjadi contoh yang baik kepada semua pengikutnya disamping tidak mahu suaminya menanggung dosa disebabkan dirinya tidak menjaga aurat dengan baik.
Disamping itu, Mawar turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan perubahannya ini dan berdoa agar kita semua sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Perkongsian Mawar Rashid ini telah mendapat ribuan komen yang rata-ratanya memuji dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Sumber: Instagram Mawar Rashid