Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Pening Kepala Mawar Rashid Idam Makan Mi Goreng Hitam Dalam Kereta Api

Pelakon, Mawar Rashid kini sarat hamil anak kedua bersama suaminya, Raf Yaakob, dan bakal bersalin bulan hadapan.

suami pening kepala mawar rashid idam makan mi goreng hitam dalam kereta api

Menceritakan pengalaman mengandungkan anak kedua ini, Mawar memberitahu beliau mengidam untuk makan mi goreng hitam di dalam kereta api yang sedang bergerak.

Advertisement

Ia membuatkan suaminya, Raf pening kepala untuk mencari mi tersebut, tambah pula dalam situasi negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun ujarnya, Raf tetap usahakan juga.

Selain itu, Mawar juga berkata beliau mengidam untuk mengubah suai rumahnya dan macam-macam permintaan aneh muncul dalam fikiran ketika sedang hamilkan anak kedua mereka.

Katanya lagi, ketika mengandungkan anak pertama, beliau mengidam untuk minum air kelapa di tepi pantai sahaja. Berbeza betul dengan mengidam kali ini ya?

Terdahulu, Mawar dan Raf dikurniakan anak pertama, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia sembilan bulan.

Sumber: [1]

ERA Muzik Hit Terkini