Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lagu Hazy Shade of Winter Ubat Rindu Peminat My Chemical Romance

Suatu ketika, kumpulan My Chemical Romance (MCR) pernah menjadi ikutan ramai anak muda menerusi lagu-lagu mereka seperti Welcome To The Black Parade, Helena, I’m Not Okay dan banyak lagi.

Selepas mendiamkan diri seketika daripada industri muzik, dua ahli utama daripada kumpulan ini kembali menerusi single terbaru, Hazy Shade of Winter.

Advertisement

Lagu yang dinyanyikan vokalis MCR, Gerard Way dengan sentuhan gitar Ray Toro ini akan menjadi runut bunyi siri Umbrella Academy.

Ahli kumpulan MCR yang lain masing-masing mempunyai komitmen sendiri, hingga menyebabkan impian peminat untuk menyaksikan comeback kumpulan ini hampir terkubur. Namun penampilan semula dua orang ahli kumpulan MCR menerusi lagu ini seakan-akan memberi bayangan untuk kumpulan ini kembali beraksi semula.

Sumber: Awani

lagu hazy shade of winter ubat rindu peminat my chemical romance

ERA Muzik Hit Terkini