Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Vokalis Sakura Band, Mell Sah Peluk Islam

Melly Matius, atau lebih dikenali dengan nama Mel, vokalis daripada kumpulan Sakura Band, mengesahkan beliau sudah pun memeluk agama Islam.

Menerusi satu posting di laman Instagram beliau, Mel memuatnaik sekeping foto selfie dengan tudung merah jambu.

 

Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell 🎂 Semoga Allah S.W.T merahmati kamu. #missyakiniku #yakiniku

A post shared by Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) on

Advertisement

"Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku," tulisnya menerusi akaun @mellsakura.
 

Dipetik daripada mStar Online, ibunya, Nir Bnatrisyah, 46, yang juga seorang mualaf, banyak memberi sokongan pada beliau untuk memeluk agama Islam.

"Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

"Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.

"Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya," katanya.

Mel masih belum mahu mengulas lebih lanjut mengenai penghijrahan beliau ini kerana perlu menjaga hati beberapa pihak.

 

Simpankan sebagai memori, jadikan POLAROID #misspolaroid #missyakiniku #polaroid #yakiniku #sakuraband #sakuratic

A post shared by Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) on

Sumber: mStar Online

ERA Muzik Hit Terkini