Skip to main content

Advertisement

Hiburan

'Stranger' Tak Boleh Hantar Mesej, Meta Hadkan Akses Untuk 16 Tahun ke Bawah

Dalam usaha untuk mengehad dan mengharamkan penggunaan media sosial di bawah usia tertentu, ciri Teen Accounts diperkenalkan pada September tahun lalu. Ciri keselamatan khusus ini untuk pengguna remaja berusia bawah 16 tahun. Tidak hanya itu, Meta turut mengumumkan ciri ini diaktifkan pula pada aplikasi Facebook dan Messenger.

stranger tak boleh hantar mesej, meta hadkan akses untuk 16 tahun ke bawah

Foto: Meta

Advertisement

Seperti di Instagram, Teen Account meletakkan halangan seperti tidak boleh dihubungi insan tidak dikenali serta menghalang paparan mesej lucah yang mungkin dihantar ke kotak DM. Selain itu kawalan penggunaan masa dalam aplikasi juga boleh dilakukan oleh ibu bapa serta penjaga. Menurut Agensi Anadolu (AA), pengguna bawah 16 tahun juga tidak dibenarkan membuat sesi siaran langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Mereka juga tidak boleh mematikan halangan kandungan yang ditetapkan tanpa kebenaran oleh ibu bapa dan penjaga. Kemas kini ini akan diuji terlebih dahulu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia terlebih dahulu sebelum ke negara-negara lain.

Sumber: Meta

ERA Muzik Hit Terkini