
Kredit gambar utama: Instagram @mia.ahm4d
Advertisement
Alhamdulillah dan tahniah buat pasangan Mia Ahmad dan suaminya, Izham Tarmizi yang baru sahaja menerima khabar gembira yang Mia kini sedang hamil. Mia menerusi Instagramnya memuat naik gambar kartun wanita mengandung dan memohon maaf kerana tak dapat memberi respond kepada banyak pihak di atas keadaan kesihatannya.
Menurut Mia, dia agak takut untuk berkongsi berita gembira ini memandangkan dia pernah keguguran beberapa bulan yang lalu.
Walau apa pun, semoga Mia dalam keadaan sihat dan semoga kandungan ini dipermudahkan oleh Allah.
Sumber: Instagram @mia.ahm4d
