Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mia Ahmad Padam Gambar Suami, Post Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Pelakon, Mia Ahmad, dilaman Instagramnya semalam telah mencetuskan tanda tanya ramai seolah-lah sesuatu telah terjadi pada dirinya.

"Allah menghantar seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan lebih baik," kongsinya.

Advertisement

mia ahmad padam gambar suami, post di instagram cetus tanda tanya

Malah Instastories nya juga seakan-akan cuba menceritakan sesuatu.

mia ahmad padam gambar suami, post di instagram cetus tanda tanya

Tambah pelik apabila Mia memadamkan gambar suaminya, Izham Tarmizi dilaman Instagramnya itu.

Namun berbeza dengan Izham, beliau memuatnaik post menyatakan tiada yang lebih bernilai dan berharga selain berada bersama keluarganya itu.

mia ahmad padam gambar suami, post di instagram cetus tanda tanya

Dikaitkan dengan seseorang dan kononnya berlaku curang, Izham menafikan perkara berkenaan dan menganggap ia tindakan untuk memporak-perandakan rumah tangganya bersama Mia.

"Apa yang saya nampak motif mereka mahu memporak-perandakan rumah tangga kami dan saya jadi sasaran mungkin kerana orang kenal kami," katanya.

Mia dan Izham juga telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 selepas lebih setahun bercinta dan dikurniakan cahaya mata sulung, Sayf Issa, pada 29 September lalu.

Sumber: Sinar Online

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini