Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Michelle Yeoh, Pelakon Malaysia Pertama Berlakon Filem Terbitan Marvel

Pelakon kelahiran dari Malaysia, Michelle Yeoh mengesahkan akan berlakon filem terbitan Marvel iaitu Shang-Chi and Legend of the Ten Rings.

michelle yeoh, pelakon malaysia pertama berlakon filem terbitan marvel

Advertisement

Ini sekaligus menjadikan beliau sebagai pelakon dari Malaysia yang pertama terlibat dalam karya Marvel Cinematic Universe (MCU), bersama seorang lagi pelakon dari Malaysia iaitu Ronny Xin Yi Chieng. 

Minggu lalu, Disney secara rasmi mengumumkan barisan pelakon dalam filem adiwira Asia, dimana Michelle akan memegang watak sebagai Jiang Nan, bersama-sama pelakon lain seperti Simu Liu (Shang-Chi), Tony Leung (Wenwu). Awkwafina (Katy) dan ramai lagi.

michelle yeoh, pelakon malaysia pertama berlakon filem terbitan marvel

“Akhirnya rasmi yang saya akan menjadi sebahagian dalam filem Shang-Chi, filem adiwira Asia pertama. Terima kasih Marvel. Terima kasih kepada penerbit, barisan pelakon dan kru kerana menjaga kami dengan selamat pada waktu sukar sekarang.

“Terima kasih Sydney untuk langkah pencegahan dan peraturan jarak sosial yang lancar. Ia satu perjalanan istimewa, pertemuan semula dengan kawan lama yang hebat, peluang yang indah untuk bikin yang baharu dan terinspirasi dengan bakat-bakat muda.

“Ingat, bersama kita boleh dan akan buat yang lebih baik dan menjadi lebih kuat. Saya tidak sabar untuk tengok anda semua di panggung nanti,” ujar beliau dalam satu hantaran di Instagram.

Filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings akan ditayangkan dipawagam pada 9 Julai 2021.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini