Pelakon, Miera Leyana merasa hairan dengan tanggapan netizen terhadap poligami sedangkan ia bukanlah satu kesalahan undang-undang.

Memetik laporan portal tempatan, Miera Leyana Datuk Seri Kasmi, 27, juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang menggelarkannya sebagai isteri kedua mahupun ketiga.
Advertisement
“Kalau saya isteri kedua atau ketiga pun, saya tak rasa saya buat salah sebab kami bukan kahwin secara rahsia. Saya buat majlis besar-besaran dan jemput ramai orang termasuk media.
“Tak ada apa pun yang nak disorokkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap dan buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin,” kata Miera yang mahu netizen terus berteka-teki mengenai status perkahwinannya bersama usahawan, Rosland Othman yang hangat diperkatakan orang ramai sebagai isteri kedua.

Miera dan suami, Rosland telah berkenalan sejak empat tahun lalu dan selamat disatukan sebagai suami isteri pada 26 Julai lalu di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
Sumber: Mstar