Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mimi Lana Berhasrat Sertai Misi Kemanusiaan ke Palestin

mimi lana berhasrat sertai misi kemanusiaan ke palestin

Foto: Instagram

Advertisement

Pelakon popular Mimi Lana meluahkan keinginannya untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin sekiranya gencatan senjata yang baru diumumkan benar-benar terlaksana.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, dia bersedia untuk menyertai mana-mana organisasi bukan kerajaan (NGO) yang akan menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke negara itu.

“Kalau betul gencatan senjata kali ini menjadi, saya sangat nak jejak kaki ke bumi Palestin. Sesiapa yang nak buat misi bantuan ke sana atau ada NGO yang akan pergi, tolong beritahu saya,” tulisnya di Threads.

Ruangan komen perkongsian tersebut dibanjiri cadangan netizen yang menyenaraikan beberapa NGO yang boleh disertai oleh pelakon berkenaan.

Ada juga yang mencadangkan agar bintang filem Mencari Ramlee itu berganding tenaga dengan Farah Lee, yang baru pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Netizen turut memuji semangat dan keberanian isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu yang berhasrat membantu rakyat Palestin.

“Bangga dengan Mimi kerana menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk tujuan yang mulia. Semoga Allah permudahkan jalan Mimi ke Palestin,” tulis seorang pengguna.

Terdahulu, Israel dan Hamas dilaporkan bersetuju melaksanakan fasa pertama pelan damai 20 perkara yang dirangka Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Fasa tersebut merangkumi gencatan senjata, pembebasan tebusan, pengunduran tentera Israel dari kawasan padat penduduk, serta kemasukan bantuan kemanusiaan berskala besar.

Trump turut menyatakan keyakinan bahawa keamanan mampu dicapai sekiranya semua pihak mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian itu.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini