Foto: Instagram
Pelakon, Mimi Lana berkongsi satu pesanan penting buat wanita melalui media sosialnya, menekankan bahawa menjadi seorang wanita bukan sekadar menjaga penampilan, tetapi lebih kepada bagaimana seseorang itu bersikap dan memupuk pemikiran positif.
Advertisement
Mimi menegaskan bahawa wanita seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada kehidupan sendiri dan tidak terlalu sibuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
Mimi, yang juga isteri kepada pelakon Syafiq Kyle, menjelaskan bahawa perkongsian tersebut adalah rujukan kepada dirinya sendiri dan bukan ditujukan kepada sesiapa. Dalam hantaran di akaun sosialnya, Mimi berkata:
“Posting ni merujuk kepada diri saya sendiri dan tak ada kena mengena dengan sesiapa. Jadi perempuan harus selalu refleksi diri, jangan sibuk hal rumah tangga orang lain, jaga rumah tangga sendiri.”
Selain itu, Mimi turut menasihati agar warganet lebih banyak mendoakan kebaikan untuk mereka yang sedang menghadapi masalah dan menekankan kepentingan menjaga kedamaian dalam kehidupan.
Menurutnya, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada diri sendiri di masa hadapan, oleh itu lebih baik fokus kepada perkara yang membawa manfaat dan kebaikan.
“Bila nampak orang ditimpa musibah, banyakkan berdoa untuk mereka. Dan semoga doa yang baik itu berpatah balik pada kita. Sebab kita tak tahu bahagian kita nanti macam mana. Make peace no war,” tulis Mimi lagi.
Reaksi netizen terhadap pesanan Mimi Lana ini kebanyakannya positif, dengan ramai yang bersetuju bahawa wanita perlu memberi perhatian kepada diri sendiri, menjaga rumah tangga masing-masing, dan memberi sokongan serta doa yang baik kepada orang lain.
Sumber : Threads