Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mimi Lana Luah Rasa Sakit Putus Cinta

Baru-baru ini pelakon jelita Malaysia, Mimi Lana memuat naik satu hantaran di laman media sosial peribadinya dengan kapsyen mengenai putus cinta.

Menerusi hantaran itu, Mimi menjelaskan mengenai betapa sakitnya rasa putus cinta itu dan menyamakan rasa itu seperti waktu yang terhenti, hidup dengan ingatan yang lumpuh dan rasa rindu yang membunuh.

Advertisement

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu berhenti Hidup antara ingatan yang lumpuh dan rindu membunuh”

Kata-kata yang cukup puitis itu memberikan bayangan mengenai hatinya yang masih terluka dan kesunyian yang dilaluinya.

“Di sebalik senyuman dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi” luahnya dalam Instagram.

Ramai rakan selebriti yang turut meninggalkan kata-kata di ruang komen agar Mimi terus kuat seperti Fazura, Nabila Huda dan ramai lagi.

Semoga Mimi Lana bertemu dengan cinta sejati.

ERA Muzik Hit Terkini