Nama Mira Filzah sememangnya sudah cukup dikenali di negara ini.

Advertisement
Selebriti yang mempunyai rupa paras yang cukup menawan ini sering berkongsi perkembangan dan aktiviti hariannya di laman sosial Instagram.

Terbaru, pelakon dan pengacara ini telah berkongsi satu foto video menggayakan rekaan tudung berwarna marron, sehinggakan ada peminat yang menyamakan Mira Filzah kepada pengacara dan pelakon popular, Neelofa.


Terdahulu, Mira Filzah dikatakan mempunyai hubungan dan dikira sudah bertunang bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir, menerusi foto dan jambangan bunga yang diberikan sempena ulang tahun kelahiran Mira Filzah baru-baru ini.

Sumber: Instagram