Pelakon, Mira Filzah, kini sah diijabkabulkan bersama pasangannya, Wan Emir, dalam satu majlis pernikahan yang diadakan malam tadi.
Sebelum memasuki fasa kehidupan yang baru, Mira dalam satu hantaran di Instagram sempat memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terluka atau tidak senang dengan dirinya.
Advertisement
“Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf.
“InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.”, ujar Mira.

Dengan sekali lafaz, pelakon jelita ini kini sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Tahniah Mira dan Emir!
Sumber: Instagram Hlive/ Rizman Ruzaini