Pelakon, Mira Filzah adalah antara selebriti tempatan yang aktif dimedia sosial, khususnya Instagram.

Advertisement
Baru-baru ini pelakon berkenaan telah berinteraksi bersama peminatnya menerusi Instagram Live dan telah ditanyakan beberapa soalan. Antara yang menarik perhatian beliau ialah “Awak lebih suka dipanggil ‘baby’ atau ‘sayang’?”.

Mira Filzah menjawab, “Baby sayang”.
Disebabkan itu, rata-rata komen di Instagramnya kini dihujani dengan panggilan “Baby sayang” oleh peminat-peminat beliau.

Mira Filzah juga sempat dihubungi oleh Johara Pagi ERA berhubung panggilan ini.
Johara @ERAdotje just called me, interview “baby sayang”. 😅 Listen to 103.30 FM nowwww. Good morning everyone. 💖
— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) May 2, 2019