Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mira Filzah Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung

Selebriti versatil, Mira Filzah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 3.40 pagi tadi.

​​Menerusi perkongsian di laman Instagram suaminya Wan Emir, dia mengumumkan berita gembira itu bersama semua pengikutnya.

Advertisement

mira filzah selamat lahirkan cahaya mata sulung

Malah, dia juga memaklumkan anak mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” katanya.

Tambahnya, Mira dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan siha.

Dia juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua individu yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Putera sulung kami bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat,” ujarnya lagi.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini