Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mira Filzah Tak Kecil Hati Sindiran Netizen Videonya Bersama Suami, Cuma ..

Umum sudah mengetahui, pelakon jelita Mira Filzah kini sudahpun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Wan Emir Astar.

mira filzah tak kecil hati sindiran netizen videonya bersama suami, cuma ..

Advertisement

Selepas berkahwin, Mira dan suami sering berkongsi aktiviti mereka bersama menerusi laman sosial seperti Instagram dan juga YouTube.

mira filzah tak kecil hati sindiran netizen videonya bersama suami, cuma ..

Meskipun perkongsian Mira ini mendapat perhatian ramai khasnya para peminat, ada juga cakap-cakap yang kurang enak mengenai video yang dihasilkan mereka.

Menerusi Media Hiburan, Mira menjelaskan apa yang dikongsikan mereka bukanlah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi atau privasi.

mira filzah tak kecil hati sindiran netizen videonya bersama suami, cuma ..

Pelakon berusia 27 tahun itu berkata, beliau tidak berkecil hati dengan pelbagai komen yang dilemparkan kepadanya, malah menerima ia secara terbuka dan faham hak orang ramai untuk bebas bersuara.

“Hal tersebut sebenarnya berada di luar kawalan dan sejujurnya saya tak berkecil hati kerana saya faham inilah dunia media.

“Malah sebenarnya, mereka juga berhak dan bebas untuk berkata apa sahaja yang mereka rasakan dan kita tak boleh nak sekat atau halang benda tu.

“Cuma, biarlah berpada-pada dan selagi tidak menyentuh sensitiviti saya okay saja,” katanya kepada Media Hiburan.

Sumber: Media Hiburan

ERA Muzik Hit Terkini