Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mira Filzah Pujuk Nada Manja Lepas Tertinggi Suara Pada Suami

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan popular Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar telah berkongsi video pertama mereka menerusi saluran YouTube #EmirAmirah.

mira filzah pujuk nada manja lepas tertinggi suara pada suami

Advertisement

Video dihasilkan atas permintaan peminat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Emir dan Mira dalam melayari kehidupan berumah tangga.

mira filzah pujuk nada manja lepas tertinggi suara pada suami

Dalam video berdurasi 10 minit itu, Mira dilihat lebih banyak bercakap berbanding suaminya yang agak pemalu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah pada minit ke 2:28, Mira secara tidak sengaja telah meninggikan suara kepada suaminya dalam cabaran ‘Knowing Each Other’.

Mira yang sedar dengan tindakannya itu kemudian memujuk Emir sambil berkata, ‘Ala I tinggikan suara’ dengan nada lembut dan manja kepada suaminya. Soo cute!

Video yang dimuatnaik sejak 25 Oktober lalu sehingga kini mendapat lebih daripada 460 ribu tontonan di YouTube.

Sumber: EmirAmirah

ERA Muzik Hit Terkini