Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dituduh Amal Ilmu Sihir Menang Pertandingan, Misha Omar Ambil Tindakan!

dituduh amal ilmu sihir menang pertandingan, misha omar ambil tindakan!

Misha Omar telah merangkul anugerah bagi kategori Vokal Terbaik dalam satu pertandingan nyanyian baru-baru ini.

Advertisement

Namun kemenangan Misha Omar itu nyata tidak disenangi oleh beberapa pihak, lantas ada yang menuduhnya mengamalkan ilmu sihir.

dituduh amal ilmu sihir menang pertandingan, misha omar ambil tindakan!

Ekoran daripada tindakan itu, Misha Omar tampil membuat sidang media bagi mengambil tindakan keatas individu-individu yang memfitnah beliau. Pihak Misha juga ingin berjumpa dengan mereka dan meminta mereka memohon maaf secara terbuka.

dituduh amal ilmu sihir menang pertandingan, misha omar ambil tindakan!

“Saya teringin untuk bertemu, bertentang mata dan bertanya kepada mereka, dari mana mereka tahu mengenai perkara yang mereka tulis di media sosial itu.

“Saya pelik, saya tak mengenali mereka secara peribadi, macam mana cerita ini boleh timbul? Jadi, alang-alang kita tidak kenal sesama sendiri, lebih baik kita bersemuka. 

"Saya bukan nak minta ganti rugi membabitkan sebarang kos, apatah lagi saman... Cukup sekadar kita bertemu untuk meminta maaf dan saya juga akan memaafkan mereka tanpa bersyarat juga,"

Sekiranya tiada permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari, Misha Omar akan mengambil tindakan yang lebih berat.

Sumber: Hlive

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini