Skip to main content

Advertisement

Hiburan

'Lelaki Berjubah' Calit Minyak Dekat Leher Bekas Miss Universe Malaysia

Bekas Miss Universe 2020 Malaysia, Francisca Luhong James telah berkongsi detik cemas di laman Instagramnya apabila diganggu seorang lelaki berjubah sewaktu berada di lobi sebuah hotel. 

Kata Francisca, lelaki berjubah dan berkopiah itu seperti sedang mengekorinya selepas dia bertembung dengannya sebanyak dua kali. Dia yang baru sahaja keluar dari spa berasa kurang selesa dan meminta bantuan pengawal keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tak diingini.

Advertisement

Lelaki terbabit adalah individu sama yang pernah ditemui kira-kira setahun yang lalu di hotel berlainan di Kuala Lumpur, kata wanita berusia 28 tahun itu.

Selepas kejadian tersebut, bekas Miss Universe itu telah membuat laporan polis berhubung gangguan yang diterima.

Beliau juga menjelaskan bahawa tindakannya memuat naik gambar lelaki tersebut bukanlah untuk membuka aib tetapi sebagai peringatan untuk semua supaya berhati-hati dengan niat asal yang kita sendiri tidak tahu.

ERA Muzik Hit Terkini