Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gadis 25 Tahun Dari Sarawak Ini Dinobatkan Miss Universe Malaysia 2020

Baru-baru ini, nama Francisca Luhong James telah menjadi sebutan ramai selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2020 pada hujung minggu lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong) on

Dilahirkan di Sarawak, gadis berusia 25 tahun ini juga merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Perhubungan Awam dan Pemasaran.

Advertisement

gadis 25 tahun dari sarawak ini dinobatkan miss universe malaysia 2020

Francisa yang juga anak sulung dari dua orang adik beradik, merupakan suku sakat kaum Dayak dan berketurunan etnik Kayan-Kenyah-Iban di Sarawak, lapor Media Hiburan.

gadis 25 tahun dari sarawak ini dinobatkan miss universe malaysia 2020

Beliau juga memenangi anugerah Best in Evening Gown dan Miss Auto Bavaria Elegance dalam pertandingan berkenaan.

Kejayaan ini membolehkan Francisca mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe, yang dijangka akan diadakan pada tahun 2021.

gadis 25 tahun dari sarawak ini dinobatkan miss universe malaysia 2020

Tahun lalu, Shweta Sekhon telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2019.

Sumber: Media Hiburan / Miss Universe

ERA Muzik Hit Terkini